5 Pilihan Material Kabinet Dapur Yang Berbaloi Dan Produktif
Jyh Ming Sdn Bhd • January 17, 2019
Ramai pemilik rumah mahukan dapur yang cantik dan sempurna. Tidak dinafikan, setiap orang mempunyai keinginan dan pilihan berbeza dari segi gaya dan kegunaan. Tetapi banyak perkara penting yang perlu dipertimbangkan dahulu seperti kos, ketahanan, kemasan dan jangka hayat.
Disini kami senaraikan beberapa material yang biasa digunakan dalam pembuatan kabinet dapur.
1. MELAMINE /ABS MELAMINE
- Melamine adalah
sejenis bahan yang digabungkan
dengan formaldehyde untuk menghasilkan resin melamine iaitu sejenis
plastik yang tidak boleh diubah dan tahan lama.
- Ianya banyak digunakan dalam lapisan perhiasan tekanan
tinggi seperti formica,peralatan makanan melamine, laminate flooring dan juga
papan hitam.
- Permukaan melamine tahan kepada air dan susah untuk calar.
- Oleh itu,permukaan kabinet senang untuk dicuci jika terdapat
tumpahan atau sisa makanan padanya.
- Bagi produk kubiq, kemasan melamine ini lebih kepada corak
bertemakan alur kayu.
2. UVG/ UV GLOSS
- Permukaan kayu disalut dengan menggunakan cat uv untuk melindungi
permukaan bahan.
- Setelah dicat dengan cat uv, ianya akan dipangil sebagai uv board.
- Kelebihan uv gloss adalah,ia mempunyai pelbagai pilihan warna.
- Bahkan, permukaan uv gloss tahan kelembapan dan juga air.
- Uv gloss merupakan bahan yang tidak bertoksik dan juga tidak
berubah.
- Sangat sesuai untuk dipakai sebagai barang perhiasan atau perabot
dalaman.
- Namun begitu, kekuatan permukaan uv gloss tidak setanding dengan
acrylic yang mana lebih senang calar.
3. ACRYLIC
- Acrylic merupakan ‘ transparent thermoplastic’
/ thermoplastik lut sinar dengan
kekuatan yang luar biasa.
- Bahkan, bahan ini juga mempamerkan
sifatnya yang menyerupai kaca.
- Permukaan acrylic kelihatan lebih
menarik disamping mempunyai pelbagai pilihan warna dan juga corak.
- Oleh kerana sifatnya yang kuat,
bahagian permukaan tidak mudah mengalami kerosakan ataupun tidak mudah calar.
- Bahkan ianya senang dicuci apabila
terdapat sisa tumpahan makanan seperti minyak dan lain-lain.
- Warna tidak akan tukar kekuningan
selepas beberapa tahun kecuali warna putih kerana ia mengikut
persekitaran.
4. 3G GLASS
- 3g
glass door
adalah bahan kaca yang disembur kemudian disokong dengan
papan dibahagian belakang. Ini akan menyebabkan pintu lebih lasak dan bebannya
berat berbanding pintu acrylic.
- Pemukaan lebih berkilat berbanding acrylic kerana diperbuat
daripada kaca.
- Ianya datang sekali dengan frame aluminium dan juga built in handle
.
- Tidak mudah calar.
5. 4G GLASS
- 4g
glass door adalah pintu 3g yang ditambah baik.
- Aluminium
frame tersorok dan bahagian belakangnya disokong dengan aluminium frame dan
kaca (bukan kayu).
- Memberikan
efek cermin yang lebih.
- Datang
dalam pelbagai warna dan tidak mudah calar.
- Harga
lebih mahal dari acrylic.

Adakah anda memilih saiz sinki yang betul? Adakah anda terlalu membongkok semasa membasuh pinggan? Adakah sinki anda memakan ruang table top yang banyak? Atau, adakah sinki anda sudah penuh lepas letakkan beberapa pinggan yang kotor? Hari ini Uncle Andrew hendak berkongsikan dengan anda, 3 tips untuk memilih saiz sinki yang betul. Saiz Sinki Kedalaman Sinki Jumlah Mangkuk Jom tengok video dibawah untuk lebih detail

Pemasangan dapur masak adalah kerja yang sangat penting. Pastikan anda dapat info ini sebelum kerja pemasangan dijalankan. Dapur masak jenis tempered glass sangat cantik dan mudah dibersihkan selepas aktiviti memasak. Tetapi ada risiko jika pemasangan tidak dilakukan dengan betul. Jom kita dengar penjelasan Uncle Andrew