Membina semula dapur idaman bukan suatu perkara yang mudah bahkan ianya tidaklah sesusah yang dijangka.
Jom kita ikuti 5 tips ini sebelum membuat kabinet dapur ☺️
Rancang susunan dapur tanpa saiz yang betul adalah tindakan yang salah oleh kerana pelan susunan akan lari dan akhirnya susunan tidak lagi sama seperti yang anda idamkan. Selain menggunakan tangan untuk melakar secara kasar, kita juga boleh menggunakan pelbagai aplikasi mudah untuk merancang susunan
dapur.
Pastikan bajet anda cukup dengan apa yang anda impikan. Tak salah jika nak minta tolak ansur dengan kontraktor anda, tetapi pasti ada hadnya. Oleh itu, sebelum membuat kabinet dapur pastikan apa yang anda inginkan bersesuaian dengan bajet anda.
Setiap gaya dan konsep mempunyai kelebihan yang tersendiri dan yang paling penting bukan semua konsep sesuai untuk setiap ruang. Jadi kita perlu fikirkan konsep yang paling sesuai untuk rumah kita bergantung kepada warna cat dinding, ketinggian siling dan macam-macam lagi.
Apabila anda merancang sesuatu jangan lupa untuk dapatkan khidmat nasihat dari pihak yang betul dan
berpengalaman. Baru anda akan tahu sama ada pelan anda tadi boleh dijayakan ataupun tidak.
Langkah ini amat penting untuk pastikan apa yang anda rancang dari awal akan membuahkan hasil ataupun tidak. Walaupun anda tidak boleh membuat keputusan hanya berlandaskan harga yang anda dapat, tapi penting untuk kita merancang kewangan agar tak terlebih dari bajet yang dirancang.
All Rights Reserved | Jyh Ming Sdn Bhd