Dapur Penuh Kesan Minyak Dan Berbau Selepas Memasak?

Boleh dikatakan semua orang memasak setiap hari, tak kira lelaki atau perempuan. Selepas memasak, mesti badan berpeluh kan? Dinding dapur pun berminyak sebab asap semasa kita masak. Lepas tu nak kena cuci dapur pula.
Sekarang dah ramai yang pasang cooker hood dekat dapur. Cooker hood ni boleh bersihkan udara daripada wap, minyak, bau dan asap yang terhasil sewaktu kita memasak.
MEMPERKENALKAN RUBINE SIROCCO X
Jom kita lihat ciri-ciri utama yang ada pada Sirocco ini.
- X-BOOST: Menambah kuasa untuk menyedut asap dengan lebih kuat, jumlah pengekstrakan akan meningkat 100m³/h.
- EXCHANGE: Menukar udara di dapur dengan udara sekitar, low speed extraction dimulakan selama 8 minit, setiap 8 jam sebanyak 9 kali.
- ION BALANCER: Menghasilkan cas negatif untuk menarik zarah udara, menghilangkan bau dan membersihkan udara.
- OIL-FREE WALL: Mengurangkan kesan minyak di dinding dapur sewaktu memasak.
Sememangnya ia amat membantu anda di dapur sewaktu memasak.
RUBINE SIROCCO SANGAT MUDAH DIBERSIHKAN!
Dengan kedua-dua tangan berada di bahagian bawah, tarik panel kaca depan (yang akan melepaskan kunci penutup). Tarik ke atas sehingga mencapai 'nut' ('nut' yang terletak di sebelah kiri tudung), kemudian tekan 'nut' tersebut dan terus buka panel kaca hingga 90 darjah. Akhir sekali, tarik keluar dan keluarkan panel kaca depan dari hood.
Jom tengok video dekat bawah ni.
Rupanya senang sangat nak bersihkan Sirocco X ni. Motor dia juga senang dibuka dan dibersihkan. Tapi hati-hati sebab bilah kipasnya tajam! Mesti matikan suis dan tanggalkan plug dahulu.
Pastikan komponen diletakkan dengan berhati-hati selepas dileraikan bagi mengelakkan ia daripada kemik.
- Buka penutup (skru yang terletak dibelakang) dan keluarkan penutup saluran.
- Buka dan keluarkan 'plate' penutup saluran
* Anda boleh pasang penapis arang disini, kemudian tutup 'blower'
- Buka dan keluarkan penutup 'rim'
- Pusingkan kunci pada 'blower' mengikut arah yang ditunjukkan dan keluarkan 'blower'

