Kabinet Dapur Jadi Sarang Lipas? Petua Mudah Ini Berkesan Untuk Menghalau Lipas Dari Kabinet Anda
Kajian menunjukkan bahawa di dalam perut lipas terdapat cacing halus dan lembut. Jadi jika anda memukul atau menghalau lipas menggunakan surat khabar ataupun penyapu, kemungkinan cacing yang terdapat di dalam perut lipas itu akan terkeluar dan merayap mencari tempat yang baru. Cacing halus ini sukar untuk dilihat dengan mata kasar kerana saiznya yang kecil tetapi ia boleh memasuki tubuh kita melalui pori-pori kaki ataupun jika kaki kita luka. Sangat berbahaya!
Habis tu lepas ni macam mana nak halau? Jangan risau, kami ada petua berguna untuk korang halau lipas dengan berkesan. Cuba dan lihat hasilnya okay!
- Ambil
sebuku sabun mandi dan potong kecil. Letak dekat kawasan yang banyak lipas. Biarkan
sahaja selama beberapa hari dan lihat hasilnya.
- Seterusnya,
korang ambil beberapa biji pelaga dan letak di kawasan lipas membiak.
- Korang
potong hirisan lemon dan letak di kawasan lipas selalu muncul. Buah lemon? Ya,
lemon juga petua untuk menghalau lipas.
- Tahukah
anda sebenarnya hujung timun atau pangkalnya akan membuatkan lipas mati? Kalau
tak percaya, cuba letak di kawasan yang banyak lipas.
- Petua
seterusnya, ubi kentang. Caranya? Korang rebus kentang sampai masak.
Kemudian lenyekkan dan campur serbuk penaik , lepastu korang gaul. Jadikan
adunan itu berbentuk bulat dan letak di kawasan lipas. Lihat apa hasilnya nanti.
- Daun pandan harus dihiris terlebih dahulju dan letak dalam
uncang , jangan lupa untuk tebuk uncang tersebut okay!. Letak di kawasan
pembiakan lipas.
Selamat mencuba!
Kalau korang nak tahu ada cara yang lagi mudah untuk menghalau lipas. Nak tahu?? Apa tunggu lagi contact kami sekarang !
- Office :
09-566 6699
- Mr
Andrew : https://api.whatsapp.com/send?phone=60129837577

