Selalunya, apabila tuan rumah survey siling kapur soalan yang kerap ditanya mesti harga sekaki berapa?
Kenapa kita selalu tekankan harga sekaki berapa sedangkan kita tak tahu pun apa yang kita akan dapat. Contohnya kualiti barang dan hasil kerja
.
Sebelum tu, jom kita fahamkan cara pengiraan siling kapur. Untuk mengira harga siling kapur ianya bergantung kepada:
Situasi sebenar dalam membuat siling kapur adalah dengan mengukur lokasi tapak . Namun ramai yang mengambil ukuran pada pelan asal untuk menampung kerugian yang mereka alami.
Selain itu, jarak dan susunan tulang besi murupakan faktor yang sangat penting untuk memastikan siling kapur mendapat sokongan yang baik . Kebiasaannya, jarak susunan tulang besi adalah 18"x28" .
Walaubagaimanapun, ada sesetengah syarikat dalam pasaran yang menggunakan jarak yang lebih jauh dengan ukuran 24"x36". Semakin jauh jarak tulang besi, semakin lemahlah sokongan antara tulang besi dan siling kapur
.
Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui salah satu
elemen yang penting untuk membina siling kapur adalah gentian yang mana ianya berfungsi untuk
menguatkan lagi ikatan papan siling dengan ikatan tulang. Namun sering kali kita terjumpa kes-kes yang melibatkan siling kapur yang dibuat oleh sesetengah kontraktor tidak meletakkan ikatan gentian semata-mata untuk mengurangkan kos bahan mentah. Bahkan, jarak ikatan struktur antara satu tulang besi dengan tulang besi yang lain juga sangatlah jauh. Ini juga antara cara kontraktor menjimatkan kos bahan mentah, sekali gus masa yang diperlukan untuk bekerja sangatlah singkat. Jadi kos pekerja yang perlu ditanggung bagi pihak kontraktor amatlah sikit.
Sebab tu, kalau ada kontraktor yang menawarkan harga siling kapur yang terlampau murah dari harga pasaran semasa, kami sarankan anda lari jauh-jauh sebelum dikenakan cas tersembuyi.
Paling parah jika duit deposit dah dibayar tetapi kerja tak siap dan tergantung separuh jalan. Kos untuk memanggil kontraktor lain untuk menyiapkan kerja separuh jalan amatlah mahal.
Oleh itu,
sebelum kita bertanya harga sekaki berapa.
Pastikan kita tahu dulu kualiti barang yang digunakan dan hasil kerja mereka.
Hubungi Kami Sekarang :
Mr Andrew : https://api.whatsapp.com/send?phone=60129837577
Anda juga boleh tengok hasil kerja kami DISINI ^^
All Rights Reserved | Jyh Ming Sdn Bhd