Nak Pasang Cooker Hood? Baca ni dulu...

Jyh Ming Sdn Bhd • January 28, 2021

Bila kita pasang cooker hood terlalu tinggi, ini akan menyebabkan kuasa sedutan cooker hood tidak berfungsi dengan baik. Bila pasang terlalu rendah pula akan mengganggu kita semasa memasak. Apa ketinggian yang betul sebenarnya?

Cara Pemasangan Salah

Jom kita belajar ketinggian yang sesuai untuk cooker hood. Pemasangan cooker hood memerlukan kemahiran dan pengalaman. Kalau tak masalah seperti dalam gambar diatas akan terjadi.

Macam dalam gambar diatas ketinggian cooker hood terlalu tinggi (1000mm). Oleh itu,  asap tidak dapat disedut dengan baik. Kalau macam ni, lebih baik tak payah pakai cooker hood. Betul tak?


Oleh itu, ketinggian cooker hood perlu diubah kepada ketinggian yang lebih praktikal. Jarak antara hob dengan hood perlu diubah iaitu dari 650mm ke 750mm.

Apabila ketinggian cooker hood diubah, host yang perlu digunakan akan menjadi lebih panjang. Dalam keadaan ini, terdapat banyak lencongan yang perlu dibuat (Seperti yang dibulatkan dalam gambar)


Anda perlu ingat, lencongan yang terlalu banyak akan menyebabkan sedutan tidak dapat berfungsi dengan baik.


Jika semasa pemasangan kabinet dapur ada masalah dari segi ukuran, tuan rumah terpaksa menanggung rugi dengan membayar kos mencabut dan juga kos memasang semula cooker hood tersebut.

Carilah kontraktor yang bertanggugjawab dan berpengalaman supaya masalah seperti diatas tidak terjadi.

By Jyh Ming Sdn Bhd May 24, 2022
Adakah anda memilih saiz sinki yang betul? Adakah anda terlalu membongkok semasa membasuh pinggan? Adakah sinki anda memakan ruang table top yang banyak? Atau, adakah sinki anda sudah penuh lepas letakkan beberapa pinggan yang kotor? Hari ini Uncle Andrew hendak berkongsikan dengan anda, 3 tips untuk memilih saiz sinki yang betul. Saiz Sinki Kedalaman Sinki Jumlah Mangkuk Jom tengok video dibawah untuk lebih detail
By Jyh Ming Sdn Bhd November 10, 2021
Pemasangan dapur masak adalah kerja yang sangat penting. Pastikan anda dapat info ini sebelum kerja pemasangan dijalankan. Dapur masak jenis tempered glass sangat cantik dan mudah dibersihkan selepas aktiviti memasak. Tetapi ada risiko jika pemasangan tidak dilakukan dengan betul. Jom kita dengar penjelasan Uncle Andrew
By Jyh Ming Sdn Bhd November 9, 2021
Sebelum kontraktor buat wiring, pastikan kita tahu dimana kita hendak letak setiap plug point.
Show More