Oleh Jyh Ming Sdn Bhd
•
20 September 2021
Dapur merupakan bahagian yang penting di dalam isi rumah. Ia merupakan tempat untuk kita memasak, meyimpan makanan, makan dan berkumpul bersama keluarga. Kalau nak tahu, mengikut kajian, kita habiskan purata masa sekurang-kurangnya sejam di dapur untuk memasak! Itu baru purata. Kalau anda…berapa lama masa selalu anda habiskan? Haaa…jadi, macam mana nak jaga dapur kita ni supaya dapat berfungsi dengan baik? Kalau susun atur dapur berselerak, tak cantik, kita nak masak pun tak ada mood. Betul tak? Akhirnya makan atau bungkus dekat kedai je. Bila dapur cantik, ada kelengkapan yang cukup, mesti hari-hari rasa seronok nak memasak, dan makan bersama-sama dengan keluarga dekat rumah. Dapur ada dua jenis iaitu dapur basah dan kering. Anda juga boleh pilih sama ada nak buat dapur diluar atau didalam rumah. Walau macam mana pun jenis dan kedudukan dapur kita, kalau susun atur tak menarik dan tak teratur, tak okey jugak kan? Jom kita dengar apa yang Uncle Andrew hendak kongsikan.